U Klik I, I Klik U

October 4, 2011

Gambaran Kehidupan

Posted by Ain Rahman at 11:34 AM

Aku susun-susun pecahan hidup ini elok-elok,

aku padan-padan dan himpun-himpunkan,

agar menjadi satu gambar yang menarik,

untuk dilihat cantik,

untuk dinilai tinggi harganya,

untuk dibanggakan,

untuk di gahkan,

tapi bukan kerana gambar itu untuk aku banggakan,

tapi kerana hasil kerja kesabarkan ketekunanku,

untuk menyiapkan gambar itu.


tapi sayang,

aku gagal untuk memuaskan hati,

iaitu mereka-mereka disekeliling gambar itu,

terlalu sukar untuk ku menghasilkan gambar itu,

liku-liku yang penuh halangan,

seperti onak dan duri,

seperti tayar yang ada turun naiknya,

seperti ombak yang menghentam pantai,

seperti pantai yang sentiasa menanti kedatangan ombak.


YA..

pasti aku sangat kecewa,

kecewa kerana gambar itu,

tidak dihargai,

tidak dikasihi,

kekecewaan menghantui diriku,

ingin ku lari jauh bersama gambar itu,

mencari yang menghargai meyayangi,

pastiku akan pergi suatu hari nanti,

janji ku pada diri.


Biar lama sedikit lagi,

pasti akan terhasil gambar yang cantik tinggi nilainya,

akan ku pahatkan gambar itu di dinding kehidupan dengan kukuh.


InsyaAllah dengan izin Allah,

semoga aku tidak gagal dan kecewa.

0 comments:

 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez