U Klik I, I Klik U

December 29, 2011

Why

Posted by Ain Rahman at 4:38 AM 1 comments

many times it happens, from today I do not want to understand and why it happened!
do not ask me why, i will gave up right now! full stop!

December 27, 2011

Selamat Kawan Ku

Posted by Ain Rahman at 8:34 AM 0 comments
hey peeps giler lama ain tak update blog ini..da berkulat blog ain ni..maaf tak dapat balas jejak kawan-kawan semua..maklum laa sibuk..sibuk laa sangat kan..haha

semakin hampir ke tahun 2012 ni, makin ramai kawan-kawan ain yang dah melangkah ke satu tahap lagi, iaitu alam pertunangan..wahhh..dah nak kawen da..

dah sampai seru kata mereka..bila seru ain nak sampai ni??huhu
apa-apa pun,


selamat bertunang untuk Dinie n Yana,
semoga allah mempermudahkan segala urusan Dinie n Yana..

nanti kawen jangan lupa jemput ok..




Semoga Kebahagian mereka anda



to Nisha n Iwan,

Selamat Pengantin Baru, bahagia selalu dapat baby cepat-cepat..





lepas ni siapa?? haha

October 24, 2011

Hanya Dia

Posted by Ain Rahman at 3:42 AM 0 comments
dengan sepenuhnya hati ini sangat kecewa dengan apa yang berlaku
semangat dari Dia membuat aku kuat kembali
tetapi tidak sekuat Dia
Aku tahu hati Dia sangat hancur dan kecewa
Dia tetap memberikan KAMI semangat
yang sememangnya hilang apabila mengetahuinya

bertapa kuatnya Dia menghadapi dugaan ini
bertapa tabahnya Dia menerima semua ini
bertapa sabarnya Dia menelan kepahitan ini

YA Dia sangat TABAH, SABAR dan KUAT menyatakan bahawa ini Qada & Qadar yang terbaik buat diri Dia

bagi aku ini adalah satu pendustaan, pembohongan!
bertapa kejamnya Kau melakukan semua ini

Dia yang bersama susah senang dengan Kau
Dia yang berkorban apa saja untuk kebahagian Kau
Dia yang bergadai nyawa membuktikan cinta kepada Kau
Dia yang lakukan segalanya untuk Kau hanya untuk Kau

mengapakah Kau terlalu kejam??
apabila Kau memiliki segalanya
Kau melupakan Dia
Kau memang Manusia yang tidak BERSYUKUR!!

Maaf,,
Aku tak dapat menerima semua ini..!!
Kau tetap pendusta, pembohong!
walau apapun alasan Kau bagi
Aku tidak akan dapat melupakan apa yang penah Kau lakukan!

Segalanya telah terbukti!!

Hidup dan Matiku hanya bersama Dia
Maafkan Aku kerana hati ini tidak dapat menerima semua yang telah Kau lakukan
berkali-kali Dia meminta Aku memaafkan Kau
Yaa Aku boleh memaafkan Kau
Tapi bukan untuk lupakan apa yang Kau lakukan
TIDAK mungkin..

Maaf jika satu hari Aku derhaka kepada Kau
Kau yang mencipta semua ini
Kau yang menghilangkan segala yang KITA ada
Kau penyebab semua ini

Tiada kata dapat Aku gambarkan
bahawa Dia sangat terluka,kecewa dengan semua ini
Aku tahu!!

Aku sangat menyayangi Dia dari Kau!
Hanya Dia nyawa Aku
Hanya Dia cahaya hidup Aku
Maafkan Aku

October 19, 2011

Sudikah Kau..

Posted by Ain Rahman at 7:59 AM 0 comments
Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~


Satu ketika kau bertanya..
.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
..........................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
..........................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu
.............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu,
memerhatikanmu,
mendidikmu,
membelamu,
menggerakkanmu,
menjadi sahabatmu
dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai kekasih cinta hati ku
Aku percaya..kau masih sudi..

"Jika Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

October 17, 2011

Hati

Posted by Ain Rahman at 6:25 AM 0 comments
dan sesungguhnya aku sangat berkecil hati..
terima kasih mengizinkan ku merasainya..

October 4, 2011

Gambaran Kehidupan

Posted by Ain Rahman at 11:34 AM 0 comments

Aku susun-susun pecahan hidup ini elok-elok,

aku padan-padan dan himpun-himpunkan,

agar menjadi satu gambar yang menarik,

untuk dilihat cantik,

untuk dinilai tinggi harganya,

untuk dibanggakan,

untuk di gahkan,

tapi bukan kerana gambar itu untuk aku banggakan,

tapi kerana hasil kerja kesabarkan ketekunanku,

untuk menyiapkan gambar itu.


tapi sayang,

aku gagal untuk memuaskan hati,

iaitu mereka-mereka disekeliling gambar itu,

terlalu sukar untuk ku menghasilkan gambar itu,

liku-liku yang penuh halangan,

seperti onak dan duri,

seperti tayar yang ada turun naiknya,

seperti ombak yang menghentam pantai,

seperti pantai yang sentiasa menanti kedatangan ombak.


YA..

pasti aku sangat kecewa,

kecewa kerana gambar itu,

tidak dihargai,

tidak dikasihi,

kekecewaan menghantui diriku,

ingin ku lari jauh bersama gambar itu,

mencari yang menghargai meyayangi,

pastiku akan pergi suatu hari nanti,

janji ku pada diri.


Biar lama sedikit lagi,

pasti akan terhasil gambar yang cantik tinggi nilainya,

akan ku pahatkan gambar itu di dinding kehidupan dengan kukuh.


InsyaAllah dengan izin Allah,

semoga aku tidak gagal dan kecewa.

July 11, 2011

Handmade Chocolate Tempahan Raya

Posted by Ain Rahman at 8:58 AM 10 comments

Bentuk Love
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage





Bentuk Empat Segi
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage






Bentuk Separuh Bulatan
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage





Bentuk Ros
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage





Bentuk Siput
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage




Mengambil Tempahan Hari Raya.

50pc
100pc dan keatas

RM 25-50pc
not included postage


Bentuk dan Warna Mengikut Kehendak Pelangan.


Perbagai perisa disediakan, antaranya:
1) Oren.
2) Mango.
3) Strawberry.
4) Blueberry.

Jika berminat hubungi sy..

Ain Rahman 017-6541799

emil:
norain_abdulrahman@yahoo.com

July 9, 2011

Khadam Cinta

Posted by Ain Rahman at 2:38 PM 2 comments
Ya Allah permainan apakah ini yang KAU cipta?
penuh dengan dusta
kekecewaan yang menguasai diri
ku tunduk sujud di jinjang rumahMu
memohon pertolongan
mengharap belas kasihMu
mendengar rayuan hati ini
mempermudahkan jalan ku
ku meminta izinMu
ku merayu padaMu

Jangan KAU jauhkan hati ku ini kepadaMu
sedarkan ku Ya Allah cintakan Mu adalah hakiki
cinta yang penuh dusta dan kepura-puraan adalah cinta manusia

hatiku hancur berkecai
semangat ku hilang di telan awan hitam
diatas segala permainan dusta ni
maruah ku seperti bola
dipijak
dilambung
ditendang
tanpa rasa simpati

kepada Mu ku sujud mengharap kasihMU
memberi semangat
memberi warna-warni hidupku
Hilangkan rasa dusta cinta manusia di hati ku ni Ya Allah
Jauhkan rasa itu Ya Allah..



June 9, 2011

10 JUN

Posted by Ain Rahman at 7:54 AM 2 comments

dalam keadaan aku bersujud tubuh,
aku meminta dia izinkan kamu untukku,
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku,

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap gerak waktu,
aku memujuk dia datangkan kamu selalu,
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju bersama aku,

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup,
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya impian aku,
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya,

dalam bayangan aku berlutut tegap pada setiap degup,
aku mengemis dia bagikan seredhanya,
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya untuk aku,

namun aku lupa,
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujud simpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak akan berubah,

andai ini tulisan dan lukisan yang diberikan kepada aku,

untuk mewarna-warnikan hidup,

pejalanan yang akan berpenghujung,

tiada kata yang mampu berlawan,

terima kasih kerana memberi,

tulisan, lukisan,warna dan jalan,

jodoh mati sesungguhnya milik kita,
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata,
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,

supaya hikayatnya cantik,

tersusun untuk harga nilai yang tinggi,

dipermudahkan jalan hingga berpenghujung...

June 7, 2011

Rapuh

Posted by Ain Rahman at 8:14 AM 0 comments

Detik waktu terus berjalan,

Berhias gelap dan terang,

Suka dan duka,

Manis dan tawar,

Tergores bagaikan lukisan,

Seribu mimpi berjuta sepi,

Hadir bagai teman sejati,

Diantara lelahnya jiwa,

Dalam resah dan air mata,

Ku persembahkan kepadaMU,

Yang terindah dalam hidup Ku,

Meski Ku rapuh dalam langkah,

Kadang tak setia kepadaMU,

Namun cinta dalam jiwa,

Hanyalah padaMU,

Maafkanlah bila hati,

Tak sempurna mencintaiMU,

Dalam dadaKu harap hanya,

DiriMU yang bertakhta..

June 5, 2011

Rindu

Posted by Ain Rahman at 12:18 AM 0 comments
Ku melakarkan rindu di kanvas waktu,
Ku titipkan rindu bersama bayu,
Ku mencari bayangan mu disetiap penjuru,
Ku disini setia menunggu...

June 2, 2011

My Sunshine

Posted by Ain Rahman at 7:51 AM 0 comments


To My Sunshine,

give me the light,

make me strong,

i know the road is long,

sometime i feel give-up,

I just want your light,

please give me the light,

to make me strong,

because I want still with you,

only you!

My Sunshine..


April 30, 2011

Kawan, Sahabat, Teman

Posted by Ain Rahman at 9:29 AM 1 comments
Kawan..

saat S.E.M.A.N.G.A.T ku kian meninggalkan diri ini..
kau terus menhancurkan S.E.M.A.N.G.A.T ku..
adakah ini salah silap dari ku..
andai kata ku tidak sempat memohon maaf darimu..
ampuni salah silap ku..

sesunggunya hati kecil ini terlalu terasa dan merasa..
dengan kata-kata yang terlafaz dari mulut mu itu..
walaupun ia sekadar usikan..
cukup menghancurkan hati kecil ini..
terima kasih
kawan,
sahabat,
teman....

April 17, 2011

Semoga Segalanya Dipermudahkan

Posted by Ain Rahman at 6:10 PM 1 comments

Alhamdulillah..
satu lagi impian ain akan tercapai..
terima kasih kepada ibuayah..
yang sentiasa berusaha untuk mencapaikan impian anakmu ini..
terlalu besar pengorbanan yang dilakukan..
sehingga anak mu ini sanggup membalasnya dengan nyawa..

InsyaAllah..
Anakmu ini akan berusaha untuk memberikan kegembiraan yang hakiki kepada ibuayah..
jutaan terima kasih hanya mampu anakmu ini lafaskan..




Doa anakmu ini..
semoga Allah melindungi dan mengasihi ibuayah sebagaimana ibuayah mengasihi diti ku ini sejak kecil lagi..

YaAllah,,
berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua org tua ku ini..
lindungilah dan kasihi mereka sebagiamana mereka mengasihi diri ku sejak kecil lagi..
limpahkan dan luaskan rezeki yang halal dari sumber yang halal kepada mereka..
rahmati mereka dan tempatkan mereka di dalam kalangan org2 yang beriman dan beramal soleh YaAllah..
masukkan mereka kedalam syurga Firdaus-Mu Ya Allah
Jauhkan mereka dari malapertaka bahaya dan penyakit yang boleh membinaskan mereka Ya Allah...
sesunggunya hamba-Mu yang lemah memohon kepada-Mu YaAllah..
Tuhan yang Maha Pemurah...

Allahdulillah..
hari ini selesai urursan penempahan tiket untuk ke Mekah kami sekeluarga..
hari ini selesai segala urusan yang melibatkan Visa..
semoga segala dipermudahkan..

kata ibu::
Balik ke batu pahat membawa hati yang gembira..
dengan perasaan yang tenang..
apa yang berlaku akan tetap berlaku..
berdoa kepada Allah semoga diberi ketenagan dan kesabaran untuk menghadapi hari yang mendatang..
berusaha menjadi yang terbaik di antara yang baik..
usaha+doa+tawakal..InsyaAllah..Allah sentiasa bersama kita..
ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ibu...

ain sayang ibuayah!!!

Final Exam..!! Final Exam...!!

Posted by Ain Rahman at 7:50 AM 0 comments
Final Exam..!! Final Exam...!!

Final Exam..!! Final Exam...!!

Final Exam..!! Final Exam...!!

Final Exam..!! Final Exam...!!

Final Exam..!! Final Exam...!!

25 April 2011, 2.30-5.00PM - Electromagnetic Fields and Waves

26 April 2011, 2.30-5.00PM - Digital Design

27 April 2011, 2.30-5.00PM - Control System

28 April 2011,2.30-5.00PM - Communication

6 May 2011,8.30-11.30PM - Mathematics 4


Jadual final yang sangat best!!!

Good Luck Ain Rahman...!!





Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


GOOD LUCK TO ALL MEMBERS...!!

Ain memohon sejuta kemaafan di atas salah dan silap..
ketelanjuran kata, terkasar bahasa..
maaf di pinta..
Semoge Kejayaan milik kita..

Usaha,Doa dan Tawakal..

INSYAALLAH..AMIN....

April 13, 2011

Hari-hari Akhir

Posted by Ain Rahman at 6:47 PM 3 comments
7,8,9,10 April 2011

Sek Tunas Bakti (P) Marang Terengganu
Program Khidmat Masyarakat
4 Hari terbang melayang....!!!




11 April 2011

Presentation Digit
L-Edit,VHDL Coding,Stick Diagram, blaa..blaa....
Tension!!!Stress!!Gelabah!!Cuak...!!!
Dr.Afindi: NorAin i know you can do the best..but what can i say..??
arrrrrrrrrrhhhhhhhhh...(G.E.R.A.M..!!)


12 April 2011
Projek EMT..
2 jam je tdo..betol ke??betul..jgn buat2 xtahu ok..(P.E.N.A.T mak nyah..!!)


13 April 2011

Presentation EMT
Stress!!Final Report kena buat semula..(benci buat keje 2 kali..)


mane projek xnmpk pn???


Presentation Khidmat Masyarakat, Presentation Digit..Digit lagi???
Assignment Control System (Kepala T.I.N.G T.O.N.G..)
Aku seperti orang gler mencari kertas graf dan mencipta coding MatLab
Ibu nak balik kampung!!!!!!!



14 April 2011

1.00AM- 12.30PM:
Setia mengadap Control System...
submit before 12.00 PM..
Software MatLab naik hantu..!!
enjit enjit semut siapa sakit naik atas......
enjit enjit semut siapa sakit naik atas......

2.00PM: oral test..
Relax take it essay....
Terlambat 20 minit..
akibatnya duduk kat tangga tngu waktu yg sesuai...huhu









terbaik buku digit xbukak lagi..!!
Lab digit da siap blom..lupa plak...??
apa nk jadi,,jadi laa..tido dlu..
da makan belum??lupe plak..zzZZZ...ZzZzzZZ.....


15April 2011
12.00PM-12.30AM :Presentation control System
Group One





3.00PM-5.00PM : Class Digit bersama Dr.Afandi Ahmad
8.00PM-10.00PM : Test Digit...!!Good Luck Ain!!
10.00PM-6.30AM : TIDO PUAS2!!!
tolong jgn gangu saya...!!!


16 April 2011
NAK BALIK MELAKA...!!!!
Peluk cium ibuayah..pau ckit..
scholarship PAMA saham x berapa nk untung sgt plak...;)
usaha novel ni...cam best..
jom ibuku kte pergi kedai buku..


Oit,,,study laa..final seminggu laaa....



F.I.N.A.L E.X.A.M....!!!

F.I.N.A.L E.X.A.M....!!!

F.I.N.A.L E.X.A.M....!!!

F.I.N.A.L E.X.A.M....!!!

April 11, 2011

Kebodohan Kau Memakan Diri

Posted by Ain Rahman at 2:44 AM 3 comments
kah...kah..kah..kah...kah...

tu laa pandai sangat!!
nak tunjuk kat orang diri kau bagos KAN...?
tapi sebenarnya kau tunjukkan kebodohan diri sendiri..

HAHAHAHAHAHAHAHA....

Geram betul aku dengan kau ni..
jangan laa jadi manusia yang pentingkan diri sendiri..

tengok..sekejap je kau dah dapat balasannya..
tak sampai sehari pun kan..
nak buat lagi??
buat laaa...
biar orang tolong gelakkan kau..!!


Kah..Kah..Kah..Kah..Kah...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA..

Kah..Kah..Kah..Kah..Kah.....!!!

April 3, 2011

How I plan to spend My Life with You

Posted by Ain Rahman at 11:23 AM 0 comments

I'm sori if it's not perfect...

Posted by Ain Rahman at 4:11 AM 1 comments

I'm sorry if i'm not perfect,,
but..
I'll try to be the best among the best ..



and i hope you're always with me..


sayang,,
you're too good until i can't find anyone else other than you,,
you're my one and will always be the one...
You're must be happy with yourself, family and friends,,
Take Care of your life..
May Allah bless you...


Thank You you're always with me..

April 2, 2011

Kefahaman Perlukan Kesabaran

Posted by Ain Rahman at 10:57 PM 0 comments
Alhamdulillah..All praise be to Allah Almighty..

"Bermain tarik tali, seperti layang-layang yang terbang di udara..
adalah lebih menyakitkan daripada berterus terang.."

Ada sahaja yang tidak selesai,,
Ada sahaja yang tidak kena,,
Setelah diselesaikan,,
Ada sahaja masalah baru,,
Adakah itu tanda masalah tidak dapat diselesaikan???
Adakah ini takdir perjalanan hidup ku??

Takdir akan terus berjalan,,
sebagaimana jarum menusuki lubang jahitan,,
Biarkanlah segala sesuatu,,
mengalir seirama takdir,,
Jangan sekali-kali kau tidur,,
kecuali tetap waspada..
Saat kau kerdipkan matamu,,
kau akan tercengang ternyata Allah telah mengubah keadaan..


Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang bersabar..(Al-Baqarah: 155)






Air mata ku bukan penyelesai masalah yang ku tanggung,,
Ia hanya sekadar menyatakan apa yang ku rasa,,
Air mata ku ni bukan tanda ku lemah dan mengalah,,
Ia adalah ingin menyatakan bahawasanya Aku manusia biasa..

Ya Allah pintaku kepada-Mu,,
Berilah ku segenap kekuatan dan ketabahan,,
untuk menghadapi segala takdirMu ini...



I know Allah is the best planner in my life ... Alhamdulillah......


March 23, 2011

Congratulations Adilah Rahman..

Posted by Ain Rahman at 3:49 AM 5 comments
Salam..
hai semua..
result SPM tahun 2010 keluar hari ini..
adik ain ambik SPM 2010..
tapi ain nernous jugak..
mengharapkan adik dpt result yg cemerlang..

ain nk kongsi kegembiraan dgn smue kwn2 blogger..
walaupun bukan ain yang ambil SPM..hEhEhE..
Allahdulilah rezeki adik,,dan hasil usaha adik selama ni..
hari ni kejayaan milik adik..

adik ain dapat Straight A's..
huhu..gempak..!!
bagi kami sekeluarga xde laa terkejut sangat..
memang mengharap adik dapat Straight A's..
seriously adik ain ni mmg nerd ok!!
keje dy stdy dan terus stdy...
ni laa hasil usaha nye...

Adilah Rahman Congratulation!!
so proud of you baby...





Ain,Adik dan Ibu..
pas ni klu adik future study kt oversea..
(memang impian adik dr kecik lg)
tinggal ain ngan ibu je..
xde geng lagi..;(



kwn2 baik adik..
(adik ain yg tengah)
alhamdulillah semua dpt Straight A's..
Congratulations !!!

March 13, 2011

Tanda-Tanda Awal Kiamat

Posted by Ain Rahman at 6:39 PM 4 comments
TAKZIAH UNTUK RAKYAT JEPUN
Hiroshima dan Nagasaki
Pernah menjadi padang jarak padang tekukur
Tapi mereka bangun
Menjadi kuasa ekonomi dunia
Dihormati kawan digeruni lawan
Tsunami yang membadai
Meranapkan lagi segala usaha
Tapi percayalah
Mereka akan tetap bangun semula
Mengutip puing dan debu
Membina kembali peradaban bangsa
Kerana mereka
Bangsa yang tak pernah mengalah.












































Dunia diselubungi ketakutan dengan mungkin adanya ledakan logi nukelar,,
harapan kita ini TIDAK AKAN berlaku..
marilah kita semua berdoa agar perkara ini tidak berlaku..

sedarlah kita dalam keadaan bahaya..
kerana tenaga nukelar mempunyai onak dan durinya,,
nyawa radioaktif ini berjuta tahun lamanya,,
jika radioaktif ini terlepas ke udara ia akan merantau ke seluruh dunia,,
tiada satu nyawa pun yang akan selamat,,
semua agama dalam bahaya...



by Nusrat Al-Jafree on Saturday, March 12, 2011 at 4:04pm

dearest families and friends, thank you for your endless support and concern, it is very much needed for our family in times like this...

As for now Munzir is fine, he survived the 8.9 Richter scale earthquake and 10 meter high tsunami, he was at the Komatsu office when the tremor happened.

His office happened to be 81 km from the earthquake center, and 2 km from the nearest beach...part of his office collapsed, he was lucky to be alive.

At this moment Tokyo is facing power failure due to the 5 Nuclear power stations affected by the massive earthquake. 2 power stations exploded right after the quake, another 2 are facing a serious meltdown, only one is still functioning. The effect of the explosion, and nuclear radiation could be fatal.

According to Munzir, it could be like the tragedy in Chernobyl Russia...

Dear all, please pray for Munzir, his friends, all Malaysians in Japan, everybody in Japan, and all the Japanese people...May God be with them...

I can't describe my feeling right now, but Mama is crying since yesterday..



petikan diatas adalah :

surat dari seorang rakyat Malaysia yang berada di Tokyo..
Kepada Kerajaan Malaysia..
tolong bawak pulang Rakyat Malaysia yang berada di Jepun..
Nyawa mereka dalam keadaan bahaya sekiranya
benar2 berlaku ledakan logi nukelar..

perihatin sangat ke terhadap raykat kita...??
dimanakah slogan


RAKYAT DI DAHULUKAN?????




p/s:
bukan untuk menghemtam,,sekadar luahan rasa...
fikir-fikirkan dan selamat beramal...







 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez