U Klik I, I Klik U

February 5, 2012

Kenapa Perlu Ada Business Sendiri

Posted by Ain Rahman at 5:53 AM 0 comments
Perniagaan menguntungkan?
Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.
Tapi, tak semestinya perniagaan yang dilakukan akan berjaya dan mendapat untung.
Semuanya bergantung kepada niat dan minat.

Formula Irfan Khairi :-

MINAT
Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.
Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.
Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.
PERMINTAAN
MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.
Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?
Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.
Oleh itu, equationnya adalah;
MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

kenapa aku perlu ada business sendiri..
Kerana ingin menjana pendapatan keluarga bukan keluarga sebenarnya lebih kepada diri sendiri.. Sebab aku selalu mintak duit kat ibu ayah nak beli itu ni, nak pergi sana sini..segala-galanya aku nak! aku bukan sorang je anak ibuayah ok..mahu pitam kepala mereka melayan aku yang sorang ni!!
Now!! umur aku dah masuk tahun yang 23? relay? yes! aku sangat malu dengan umur yang 23 ni still mintak duit kat ibu ayah untuk keluar dating dan melepak dengan kawan-kawan? sangat tidak malu disitu.. seharusnya aku perlu menjana pendapatan sediri kerana aku suka sangat berjalan ke sana dan ke sini dan tidak seharusnya mintak duit kat orang tua kita tu kan..?? ( duit yuran universiti pakai duit ayah ea ;-) ) 
Dan tiba masanya aku merancang sesuatu untuk menjana pendapatan sendiri, sebab banyak sangat perancangan percutian aku bersama kawan-kawan pada tahun ni! bunyi taklah terok sangatkan..?
Bukan itu saja, sebab aku sangat berminat di dalam perniagaan.. mungkin? oohh tidak! aku sangat pasti yang aku berminat dalam perniagaan.. buktinya? Shop yang comel! dan aku ada buat sedikit Hard Working! lawakkan?
Bukan lawak ok! kenyataan..hasil dari Hard Working aku tu, aku dapat belanja family aku makan KFC (bukan pakai duit PTPTN ok), aku dapat belikan ibu sepasang kain sutera terengganu + tudung Ariani, aku dapat belanja Mak Long aku untuk shopping raya last year ( Mak Long = kakak kepada ayah, baby sitter masa umur aku 1day-5years old ), aku belikan ibu mesin buat kek, aku dapat belanja diri sendiri dengan sehelai levis dan benda2 yg merepek! dan yang sangat penting aku dapat setup rumah sewa aku dan bayaran rumah sewa sepanjang sem yg lepas dengan hasil jualan Handmade Chocolate aku sendiri! Alhamdulillah..Terima Kasih YaAllah..! dan yang terakhir dan sangat aku suka, aku dapat menabung RM1K dalam buku ASN aku..! Alhamdulillah.. impian aku untuk Tahun 2011 terlaksana..
Sekarang tibalah masa untuk aku mengatur langkah untuk mencapai impian untuk tahun 2012! yang paling utama adalah untuk menabung RM2K dalam buku ASN..keh3..
Oppssss silap! bukan hanya untuk tahun 2012 saja untuk tahun2 yang mendatang jika di izinkan Allah..insyaAllah..
Sebab aku bercita-cita ingin menpunyai business yang menjana pendapatan bersih RM30K-50K setiap bulan! waahhhhhh!! sangat bercita-cita tinggi disitu yee..! Yes! cita-cita perlu hadir sebelum impian terlaksana..

Dan antara cita-cita aku adalah:-
Bila aku rasa stress dan inginkan ketenangan dan mencari redhaanNya. Disini aku akan sujud memohon kemampunan dari dosa-dosa yang aku lakukan, diberi ketenangan dan diberkatkan hidup didunia dan di akhirat kelak. InsyaAllah.. Amen..Amen..
Dan aku akan bawa Ibu bonda dan ayah tercinta serta kelurga merehatkan diri.. Amen..Amen..Amen.. InsyaAllah.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T







Aku inginkan Perkahwinan dalam taman.. haha.. agaknya pening kepala cik abang nak layan kepala giler aku ni.. nasib laa siapa yang dapat berbinikan aku ni! (pandai masak & kemas rumah jugak pandai jaga anak! aha.. mungkin kot!)


Simple and most important is very nice!! 








Dan bila aku ada baby nanti, aku akan pastikan baby aku merasa memakai pakaian dari jenama




Sebab masa aku kecik aku tak dapat nak merasa pakai pakaian jenama cam ni.. dan sekurang-kurangnya kepuas itu aku dapat berikan kepada baby aku! botak kepala cik abang ;) dan aku ingin mendidik anak-anak aku menjadi anak penyejut mata hati kedua ibubapa serta menjadi anak yang soleh dan soleha taat kepada ibubapa dan penciptaNya..Amen..Amen..Amen...

Dan aku akan pastikan baby aku dapat naik BMWnya seperti ini!












Selain diatas, aku ingin melancong ke Europe! keh..keh..keh.. bermanja-manja dengan orang tersayang, ingin merasa dunia ini aku yang punya.. SubahanAllah..taksub sangat dah ni... ini adalah cinta-cita..dan aku akan berusaha untuk mendapatkannya! Yakin dan Semangat!! InsyaAllah..amen..amen..amen......







Serta mempunyai rumah adalah syurgaku! merehtakan diri bersama yang tersayang...;) menjalankan amanah Allah dan tanggungjawab yang dialas dibahu ku ini..cewaaahhh..ayat novel.. InsyaAllah..amen..amen..amen..








dan kuda yang gagah berani membawa kemana saja aku ingin pergi..keh..keh..keh..




Aku suka warna putih! suci..!






Kalau sekarang aku hanya dapat memberi pakaian lama dan tidak diperlukan serta buku-buku yang aku tidak perlu kepada mereka..InsyaAllah aku ku berbakti kepada mereka dengan memberi kebahagian dan sinar kasih sayang kepada mereka serta pendidikan kepada anak-anak ini.. InsyAllah..amen..amen..amen..








InsyaAllah.. semoga Allah mempermudahkan segalaNya.. Amen..Amen..Amen..






Dan yang terakhir dan sangat penting! aku sentiasa tersenyum bahagia bersama orang yang tersayang!






antara senyuman bahagia!






 Bukan senang nak senang tanpa usaha dan penggorbanan..





InsyaAllah..Amen..Amen..Amen...





p/s:
note semasa otak giler aku berfungsi dengan baik..abaikan jika banyak sangat yang merepek dari yang benar..hehehe

Salam Maulidur Rasul

Posted by Ain Rahman at 3:44 AM 0 comments
Salam Maulidur Rasul semoga kita bertambah mengingati Rasul junjungan kita ini setiap saat dengan sentiasa berselawat ke atas baginda.
Kerana baginda sentiasa mengingati umatNya walaupun disaat Malaikat maut datang menjemput baginda kembali kepada penciptaNya..


 


Jom Mengenali dengan Rasullullah SAW

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

 Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

 Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

 Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez