U Klik I, I Klik U

Showing posts with label FRIENDS AND FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FRIENDS AND FAMILY. Show all posts

April 17, 2011

Final Exam..!! Final Exam...!!

Posted by Ain Rahman at 7:50 AM 0 comments
Final Exam..!! Final Exam...!!

Final Exam..!! Final Exam...!!

Final Exam..!! Final Exam...!!

Final Exam..!! Final Exam...!!

Final Exam..!! Final Exam...!!

25 April 2011, 2.30-5.00PM - Electromagnetic Fields and Waves

26 April 2011, 2.30-5.00PM - Digital Design

27 April 2011, 2.30-5.00PM - Control System

28 April 2011,2.30-5.00PM - Communication

6 May 2011,8.30-11.30PM - Mathematics 4


Jadual final yang sangat best!!!

Good Luck Ain Rahman...!!





Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...


GOOD LUCK TO ALL MEMBERS...!!

Ain memohon sejuta kemaafan di atas salah dan silap..
ketelanjuran kata, terkasar bahasa..
maaf di pinta..
Semoge Kejayaan milik kita..

Usaha,Doa dan Tawakal..

INSYAALLAH..AMIN....

February 26, 2011

Jom Join...

Posted by Ain Rahman at 9:00 AM 7 comments
Salam..
ain da join HeartBeth ni..
mule2 kazen ain cik tiefazatie da sruh buat..
tp ain xde mse,,dan sgt sebuk..
dan 2 hari lepas kwn ain cik ili sruh join..
ain pn mse tu mmg stress stdy terus buat..

senang je langkah2 nye..
join ikot langkah2 ni..

1. Mula2 klik kat right sidebar dulu untuk ke website diorg..
(klik kt iklan HearBeat ain pn leh)


2. Klik Icon Hearbeat seperti yang dibulatkan tu..




3. Klik CREATE ACCOUNT dan isi kesemua maklumat yang di kehendaki..




4. Masukkan Password Emil Address dan klik I Agree HeartBeat's Terms of Service dan klik Continue ..




5. Dah Create Account, klik Join HB!Affiliate seperti kotak merah dibawah ini..




6. Klik Online Application sperti gambar dibawah dan isi kesemua maklumat yang dikehendaki.






7. Pilih Cara Pembayaran yang dikehendaki dan klik I Agree then klik Continue.




8. Klik GET A CODE sepeti gambar dibawah..





9. Copy Code yang anda kehendaki..dan paste kan di ( Design>Add a Gadget>HTML/JavaScript>pastekan code yg korg da copy )




10. Kalau nak check berape earning korg, boleh Klik My HB!Affiliate..seperti gambar dibawah..




senang je kan..
jom la join...
leh dapat income ckit..

sila share kt blogger yg lain ok..
iklan ni tak effect kt iklan nuffnang tau...!!

sila tinggalkan comment utk menghargai perkongsian ain ni..

February 24, 2011

Nyawaku Di Hujung Tanduk

Posted by Ain Rahman at 8:41 PM 14 comments
salam...hai semua..
maaf da lame ain xdapat nak membalas jejak kwn2..
Ain mengalami sedikit kecederaan,,disebabkan jatuh motor..
walaupun luaran nampak cedera ringan tapi dalam agak kritikal jgak..

Ahad lepas (20022011) ain g khimat masyarakat kat Seri Medan BP..
kami pergi utk membantu mangsa2 banjir kt sne..
sampai kt sana kelas ain di bagikan kepada 3 kumpulan,,
kumpulan pertama - kemas dewan,balai raya
kumpulan kedua - kemas dan cat masjid
kumpulan ketiga - kutip sampah dan bersihkan takungan air

ain termasuk dlm kmpulan ke 3..
disebabkan nak kutip sampah sekitar kg,,
maka pkck2 kg tu ngan baek hati bagi kami smue pnjam motor mereka..
ain pn ambk laa moto kris (sebab kt umah ain bwk moto tu je)
ain terlalu laa existed naik moto kt kg tu..
serius view kg tu tlalu cantik ok..
kami pn beramai2 laa naik moto utk kutip sampah..
dengan tiba2 member kt depan break..
ain pn tekan laa break...
maaakkkkkk!! motor break totally lost..
"oootttttttttttttt!!!tepi moto ak xde break..."


tahu2 ain da jadi superwomen atas jalan...
masa jatuh tu mmg ain da fikir bukan2 da..
member2 tolong laa angkat ain(pemandu) dan erin(pembuncing)
erin da menjerit tangan dan kaki abis kne seret dgn tar..
ain" wey kaki ak patah x?tangan ak patah x??"
member dgn pantas nye basah kn kain utk lap darah dr luke2 kami..
baru ain perasan tangan n kaki ain luke..



luka di jari..sikit je ni..


member2 bwk kami g klinik desa,,
da sudah bersihkan luke,ain rse nk mnum air,,
member bg laa botol air,,tangan air xmampu nk pegang btol air tu..
ape lg,,gelabah laa ain..nurse pn cek laa tangan air..
baru ain perasan ain xleh nk gerakkan tangan..
nurse pn borak2 ngan ain,,tibe2 dy rentap tangan ain..
rse nyawa ain da smpai penghujung jalan da..

sakit nye allah je yg th..
nurse ckp tngan ain xpatah..
cek pnye cek bahu kanan ain bengkak...
kenapa nurse tu rentap?nk cek ade patah ke x..
klu patah, tulang ain mesti terkulai pnye..
alhamdulillah tak terkulai pn..
terseliur je,,kata nurse tu..


disebabkan tangan ain xleh gerak,,
dyorg nk antar ain g kinik kesihatan seri medan..
tapi ain xnak,,disebabkan ain xnk..
terus laa kami smue kne hantar balik ke kampus semula..
sepatut nye ain kne pergi pusat kesihatan universiti..
tapi ain balik tdo kt kolej..hehehe
tak tahan sakit weyy...
mlm tu ain g berurut ngan mak cik bidan kg kt parit raja ni..
mak cik tu ckp tulang rusuk sebelah kanan jatuh ckit..
kena urut dan ambil masa utk normal..
patut laa sakit,,3 mlm ain xdpt tdo..
Alhamdulillah berkat mlm jumaat tangan ain da leh gerak..
sekarang ni masih terasa sakit lg..
ain mahu pulang ke Melaka g Hospital utk Xray..
ibu takut ade ape2 yg jadi kt tulang..
ain pn takut jugak..
hope xde ape2 la...




jari yang tadi nampak cm cikit je kn..


sekarang...
ambik ko,,bengkak gler..
tulang jari ni lari dr kedudukan asalnya...
2 malam ain g berurut..punye laa sakit..
rse cm jerit kuat2 biar 1 batu pahat tahu..

hope ain kembali sihat semula..
serius terseksa sakit cm ni..
rase cm org cacat bile tangan xdpt digunakan dgn sempurne..
perkataan paling sesuai utk ain gune kn adalah SERIK..
ain xnak bawak motor lagi..
serius serik..
tu laa degil...
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu...~~

doakan ain cepat sembuh ye..




Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba kami:
Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata:
Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan
(hasutannya semasa aku ditimpa)
kesusahan dan azab seksa (penyakit)
Surah Sad: Ayat 41

December 24, 2010

Mari-mari klik kat sini...

Posted by Ain Rahman at 9:00 AM 2 comments
Jom layan blog NI kalau berminat boleh laa buat tempahan yee...

Blog yang NI pun ok jugak,,klu nak borak2 ke,tambah kenalan leh layan laaa..

Terima Kasih Allah

Posted by Ain Rahman at 8:07 AM 0 comments

"Allah menduga hambanya tanda sayang"
Alhamdulillah hasil kesabaran dari dugaannya,selesai sudah semester pertama di Menara Gading..

Alhamdulillah pejam celik habis sudah 1 sem, walaupun result final tak sebaik masa diploma, alhamdulillah lulus semuanya...kata ibu "next time work hard..!!"

Aku tahu,aku tidak mampu mengeluh dengan result yang aku perolehi.Cukup sekadar sujud syukur dengan hasil yang diperolehi atas usahaku sendiri..Pesan ibu "apa saja hasil yang kita perolehi atas usaha kita,buat la sujud syukur tanda kita mengingati Allah atas apa saja yang diperolehi..." yee ibu,sy ingat pesan tu walaupun kadang2 terlupa..




June 27, 2010

8 petanda Si Dia adalah jodoh Kamu

Posted by Ain Rahman at 9:00 AM 2 comments
hai guy,,
ain ingin berkongsi sikit ilmu...
yg diperolehi dari seorg rakan...
hadis2 dibawah,,diperolehi dari buku KHADIJAH Kisah cinta sejati Rasulallah SWT..

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan?

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar dia bukan
jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagiaan kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya?
KALAU DAH DITAKDIRKAN ITU ADALAH ORANGNYA..ITULAH JODOHMU..

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaraan)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sunggug, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.."
(ar-Rum [30]: 21)

Jodoh,pertemuan,,
ajal, maut,,
di tangan allah,,sebagai manusia kita mampu merancang..
allah yang menetukan..

"Dia yang menciptakan kamu dari jiwa yang satu (Adam) dan daripadanya Dia mencipta pasangannya,agar dia merasa senag kepadanya..."
(al-A'faf [7]: 189)
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez