U Klik I, I Klik U

December 2, 2012

Shopping Online

Posted by Ain Rahman at 12:22 AM 3 comments
haii uolls... tengok tajuk entry ain.. suke kan..?? HAHAHA.. sori laa uolls.. ain memang suka cuci mata dekat shopping mall..! tapi, ada satu website ni, memang menjadi pujaan hati ku..!! i like..!! hehe..


ain akan tengok website ni, tengok harga dia, then ain akan g shopping tengok harga dekat shop2 yang ada. if website tu murah, balik ain klik2 barang yang ain nak, add to cart gitu.. heeeeeee...
2,3 hari lepas tu tepacak laa abg pos men depan pintu pagar rumah.. banyak shopping kata abg pos men tu.. malu aku..!!



antara product yang menjadi pilihan ain adalah..
tentu saja Clinique.. ain adalah pemakai tegar Clinique.. ;) my auntie pun sama giler Clinique..


selain tu adalah SKII, ain cuci mata jelaa.. nak beli tak mampu lagi.. mahal amat..!!
selain tu adalah Body Shop.. ain suka lip balm dia..!! suka sangat..!! Lip Balm Strawberry ok.. ;)

hahaha.. 

ok laa uollssss jom kita cuci mata sama2 ok.. ;) 
o0oo yee Fatin Liyana pun shopping dekat cini ok..


Happy Shopping Uolls..!!!

Jangan lupa yeaa Like Page ain ni.. 
Thanks a lot.. Hugs.. ;)



December 1, 2012

Ain's Healthy Lifestyle

Posted by Ain Rahman at 4:37 AM 2 comments
salam,, hai peeps.. lama ain tak update blog..sori..agak busy dengan test last two weeks.. ;)

oo0ooo yee..ain nak mintak tolong u'll semua untuk like page ain ni..
ain adalah pengedar Shaklee area Melaka
tolong yeee..tolong... please...
jasa baik korang semua ain hargai..!!
Thanks a lot...!! xoxo..


November 16, 2012

Melaram

Posted by Ain Rahman at 9:26 AM 3 comments
hahaha..tengok tajuk entry aku gelak sorang-sorang.. ok nak dijadikan cerita..hari ni aku excited giler nak pegi rumah si norihan (kawan 1 sek tek) nikah.. at the end..aku pergi bershopping dengan mak dekat JJ. coz ade JJ member card..dan si norihan sudah selamat bernikah..

berbalik kepada tajuk entry. disebabkan nak pergi tengok si norihan bernikah, maka aku melaram sehabis ayu dan sopan..nak pergi tengok orang nikah.. ambik berkat kena ayu2 ckit..


Ayu dan sopan ke..?? HAHAHA


hahaha..jadi giler sekejap, ambik gambar depan cermin.. ok.. baju oren tu aku beli on9 dekat Moddy ok... nice kan? rasa pinggang aku ramping gler opsss perasan.. dan perut aku tiba2 hilang kah3.. tudung tu aku beli dengan kawAn UTHM Qaseh Ana je..baju simple dan nice.. suke...!!

dan norihan selamat sudah bernikah.. Selamat penganti baru norihan dan suffian.. semoga berbahagia hingga ke hujung nyawa.. i wishing u happy marred life..!

Norihan dan Suffian


dan aku teros berdoa semoga Allah permudahkan urusan kami untuk membina masjid.. serius dah penat bercinta long distance ni.. ;(

YaAllah YaRahman YaRahim..izinkan hambaMu bercinta dan berkasih sayang bersama kekasih yang halal..Aku ingin berkasih sayang bersama imamku, perlindungku, pembimbingku suami yang akan membawahku ke Syurga FirdausMu YaAllah.. perkenankanlah doa hambaMu ni YaAllah..amin..amin..amin...(nak kawen jugak) huhuhu

November 14, 2012

Final Year Project (FYP/PSM)

Posted by Ain Rahman at 10:24 AM 4 comments
yehaaa.. psm aku hampir ke penghujung.. result pun 85% done.. tapi..tapi.. sv suruh tambah lagi bilangan lampu.. LED pulak.. (-_-) baru nak bercuti panjang bersama adik2 dekat rumah.. ade ke adik dekat rumah tu..??

wokey jom tengok apa yg aku buat untuk FYP ni... Bawah ni ada citer ckit apa yang aku buat yeee...




Background  Electric Service Company is required to maintain harmonic voltage level in the system below the standard’s limit. Most of the harmonic distortion is caused by non-linear load electrical device such as compact fluorescent lamp.  Different brand and type CFL will produce different harmonic, illumination and the other parameters. Harmonic is a component of a sinusoidal voltages or current having frequencies that are integer multiples of the frequency (50Hz-60Hz). Therefore any current and voltage waveform can be resolute into its harmonic component. As a result, voltage distortion is generated indirectly from the harmonic current flow through the distribution system. The combined with fundamental voltage or current, harmonic produce waveform distortion. They represent the major distorting components of the main voltage and load current waveforms. Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) has come out with standards and guidelines regarding harmonic. One of the standards is IEEE standard 519-1992[1]. The standard includes steady state limits on current harmonic and harmonic voltage at all system voltage levels. The limit was set for a steady state operation and for worst case scenario. The standards and guidelines were introduced which provides comprehensive recommended guidelines on investigation, assessment and measurement of harmonics in power system. ( IEEE paper ok.. pening..!!)


Objectives             
   i.        To explore the performance of Compact Fluorescent Lamps (CFL).
            

  ii.        To measure the total harmonic distortion and illumination on Compact Fluorescent Lamps (CFL).
           

  iii.        To propose the best Compact Fluorescent Lamps (CFL) in terms of harmonic level and illuminate.





 Ni adalah meter Fluke Power Quality Analyzer



Ni adalah meter PM3000A Power Analyzer



Lux Meter

wokey ullss nampak macam senangkan.. tapi aku dah separuh pengsan buat experiment ni..yang mana mentol terbakar, mentol meletup, meter terOFF dengan tiba-tiba, dengan tripnya, dengan bau-bau hangit nye.. den dah tak larat daaa...belom lagi nak pulun buat Thesis lagi...mintak nyawa..mintak nyawaaaa.... belom lagi layan SV aku yg sangat2 busy ok..!! o0ooo stresssss...!



اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا

Allahumma la sahla illa ma ja;altahu sahla, wa 'anta taj-alul hazna idha shi'ta sahla


Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah & Engkau dapat menjadikan tanah (yang sulit dan keras), (yakin kesusahan), itu mudah jika engkau mahukan.
Hadith diriwayatkan Ibnu Sinni&Ibnu Hibban.


November 2, 2012

Mencari

Posted by Ain Rahman at 9:06 PM 5 comments
Setelah sekian lama aku melaluinya, mencari dan mencari aku telah melupakan sesuatu yang amat berharga. YA silap aku mengejar yang tidak pasti dan melupakan yang aku ada selama ini..! Aku terlalu mengejar apa yang aku impikan yang aku inginkan sehingga aku hilang apa yang aku ada.

Aku lalai bahawa selama ini aku hidup di dalam ruang imaginasi aku sendiri, hidup dalam bayangan yang tidak ada. Aku lupa untuk berkongsi hidup dengan semua yang dimiliki setiap orang.

Malam itu setelah aku berkongsi, maka aku pasti tidak wajar aku terlalu mengajar impin itu.. Aku perlu mencari ruang dan ketika untuk diri aku sendiri. Ruang untuk aku kenali siapa diri aku, ruang untuk aku berfikir apa fungsi hidup aku. Ruang yang selama ini aku abaikan. Ini lah ruangnya.

Ada waktu aku melalui tanpa sebab, tanpa alasan. tanpa! Aku tetap putuskan untuk melaluinya.
sebab aku terlalu mengejar impian. Maafkan aku, aku terlupa untuk menghargai apa yang aku ada.

Mereka ini yang aku ada, mereka yang sentiasa ada di sisi aku, mereka yang aku cari. Mereka dan mereka..!



Aku ada parents..


Aku ada abang dan adik


Aku ada "BestFriend"


Aku ada sweet kazen


Aku ada brother and sister from another mother and father

Dan aku ada teman yang sentiasa ada dikala aku perlukannya  (^_^)


 Mereka bermakna..!


October 30, 2012

Daftar Kursus Semester II Sesi 2012/2013

Posted by Ain Rahman at 6:39 PM 2 comments

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)
FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK & ELEKTRONIK (FKEE)
Beg Berkunci 101, 86400 Parit Raja, Batu Pahat
MALAYSIA
( : 07-453 8374/8380/8334 : 07-453 8387)

TARIKH : 22/10/2012

Semua Pelajar (Program BEE)
Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Saudara/Saudari,

PENAWARAN KURSUS SEMESTER II SESI 2012/2013

2. Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran kursus semester II sesi 2012/2013 akan diadakan pada 26 November 2012 sehingga 23 Disember 2012.

3. Suhubungan itu, pelajar-pelajar tahun akhir, semester akhir bagi program BEE dikehendaki untuk mengemukakan permohonan secara bertulis kepada Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangsa) dengan menyertakan nama kursus yang masih belum diambil atau mendapat status ’UK’ - ’Ulang Kursus’ kepada fakulti bagi urusan pendaftaran kursus.

4. Segala keputusan penawaran adalah tertakluk kepada Peraturan Akademik UTHM dan keputusan fakulti. Tarikh akhir permohonan adalah pada 9 November 2012.

Sekian untuk makluman dan tindakan saudara/saudari.

Terima kasih.

”DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

EN. ABDUL AHMAD FARID BIN MD. SAID
Penolong Pendaftar
Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik

On October Celebration's

Posted by Ain Rahman at 5:34 AM 6 comments
Hai esok adalah hari terakhir October 2012.. Dan ain hanya ingin berkongsi kegembiraan bersama My Best friend forever and ever.. InsyaAllah.. Kami dilahirkan pada bulan October ok.. ;)
Ain dilahirkan pada 1st October dan Amal dilahirkan pada 31th October.. Pembukan dan Penutup.. Sweetkan..heeeeeeee...



Ni dia Nur Amalina Amran

Maafkan saya curi pic awak dari fb




Ni dia Nor Ain Abdul Rahman
pic gedik depan cermin


nak citer pasal dress ain ni ok.. skirt grey tu ain beli on9 je..senang..klik2..yes no.. tunggu 2, 3 hari sampai abg posmen depan rumah.. ;) ain beli dekat akak IZ Fashionista ok.. kemeja pulak ain beli dekat BP Mall Batu Pahat..heeee.. Shawl pulak, My cute kazen beli dekat Myanmar..



Ni adalah surprise in advance untuk birthday girl kita..
maaf yee terlebih advance cepat sehari..
hikhikhik..



Maaf yee makcik kecik.. terlebih advance celebrate birthday awak cepat sehari.. Maklum laa kami ni busy sangat2.. ;) banyak tanggungjawab.. jangan kecik hati yee..


For you Nur Amalina Amran, with lots of love, today and every day. A lot of thing have changed trough the years..But there's something that'll always be the same. Its the special day I shared with you that keeps us to close,no matter where I are wishing your a very Happy Birthday with lots of love..! (maaf laa English broken .. tapi nak wish in english jgk..:p)



Asam pedas Jalan Jonet, Muar Johor
Si Uqbah belanje birthday girl..dan aku dapat tempiasnye..
Terima Kasih yee Uqbah belanje makan.. ;)
(Uqbah si baju merah)

October 29, 2012

Permohonan Kemasukan Ke UTHM Sesi II 2012/2013

Posted by Ain Rahman at 9:16 AM 3 comments
Hey Salam peeps..

Ain just nak share beberapa maklumat tentang UTHM.. Bagi mereka-mereka yang berminat untuk sambung pengajian ke UTHM Bagi Sarjana Muda dah boleh memohon..boleh klik link dibawah ini ye..




Ni adalah Dewan Konvokesyen UTHM


Selain itu, pada 3 dan 4 November ni akan berlangsungnya Konvokesyen UTHM kali ke 12. Seperti biasa Pesta Konvokesyen akan diadakan tetapi memandang sekarang adalah Mid Term Break maka Pesta Konvokesyen UTHM digantikan dengan sebuah mini Karnival Kerjaya akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 2-4 November 2012
Tempat : Dataran Penyu UTHM
Aktiviti: Pameran Kerjaya, Walk in Interview, Career Talk, Online Application





Datang beramai-ramai ke UTHM. Dan Aku adalah Final Year Student Bachelor of Electrical and Electronic Engineering yang sedang berpulun bermati-matian dengan Final Year Project dan bermati-matian mempertahan CGPA 3.00 above itu lah aku..





Final Year Student Bachelor of Electrical and Electronic Engineering
tak macam final year student pun..

Mak Aku Orang Kaya

Posted by Ain Rahman at 8:46 AM 0 comments
Yesss mak aku orang kaya.. Amin3..semoga mak aku jadi orang kaya..

Aku rasa sabar aku dah sampai pada tahap hilang sabar.. Jijik laa weyy dengar cerita-cerita jijik kau ni.. Makin bertambah-tambah benci aku dekat kau.. Fikir logik laa wey..kalau mak aku orang kaya, tak payah mak aku kerja pagi petang siang malam 7 pagi 7 malam laa wey..Stupid..!

Semoga kau bertaubat sebelom terlambat.. 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Usaha yang halal adalah suatu yang fardhu selepas fardhu-fardhu yang lain.
Hadis Riwayat At-Tabrani dan Al-Baihaqi.


October 28, 2012

80an

Posted by Ain Rahman at 9:49 AM 0 comments

October 26, 2012

Makna Disebalik Pengorbanan

Posted by Ain Rahman at 2:23 AM 0 comments
Ada ketikanya insan yang kita sayang membuatkan kita dalam keadaan teruji.
Ada ketikanya insan yang kita sayang membuatkan kita dalam keadaan keliru.
Ada ketikanya insan yang kita sayang membuatkan kita terluka.
Ada ketikanya insan yang kita sayang membuatkan kita terkilan.
Ada ketikanya insan yang kita sayang membuatkan kita rasa kesabaran menipis.
Ada ketikanya insan yang kita sayang membuatkan hati kita terguris hingga menitiskan air mata.
Ada ketikanya insan yang kita sayang membuatkan kita kecewa.

Namun kita tetap menyayanginya, kerana dia sentiasa bertakhta dihati.
Kita sanggup korbankan perasan, rasa duka, sedih kecewa demi dia.

Adakah dia sanggup berkorban demi kita?
Adakah dia menyayangi kita seperti kita menyayangi kita?

Dimanakah nilai pengorbanan itu?
Dimanakah??

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan menjadi semulia pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kerana mencari keredhaan Allah S.W.T.

Hanya redhaMu yang aku harapkan Ya Allah..




Mulianya kamu wahai penghuni syurga.....

October 19, 2012

The Latest Pictures

Posted by Ain Rahman at 4:58 AM 0 comments

Yehaaaa dah konvo! Next planing coming soon 
Maybe kahwin hehehe



My Birthday!
tQ sayang.. awak sangat romantik ye..
malu tapi mahu..


Imam muda saya...!
Ensem kalah ustaz don..hehe



satu malam di Dataran Merdeka..
bocor rahsia ku selama ini..
dalam hati ada taman



Housemate ku yang giler-giler


p/s:
nantikan cerita-cerita menarik selepas ini..
peace no war..



April 24, 2012

Luka yang kering

Posted by Ain Rahman at 4:01 AM 3 comments
Suatu yang sempurna
satu-persatu
tersusun tanpa cela
aku sedang berlari melambung pelangi
berkerjaran bersulam senyum ketawa

Itu hanya angan-angan
satu-persatu
tersusun dengan cela
tanpa diundang
tanpa diduga

Selalu aku merasa seperti ini
bercinta separuh nyawa tapi aku mati
apa lagi yang perlu aku lakukan
bila semua telah aku laksanakan

Telah aku bagi seluruh jiwa ini
aku sendiri yang koyakkan hati ini
dia yang tetap dihati
entah mengapa dia yang aku pilih

Aku sepeti begitu sakit
terjadi lagi setiap kali
telahku bagi hati yang telah terkunci
pada dia yang pernah berjanji

Bila aku pulangkan segalanya
bila aku kembalikan segalanya
dia kata tetap mahu aku
dia tetap mahu cinta aku

Bagaimana perlu aku lakukan lagi
bila hati tidak ingin disakiti
bila rasa tidak merasa
bila janji dibuat dalam diri

Mahu apaku bina harapan
sedangkan sakit utuk mengharapakan
aku mahukan engaku tetap dihati
perlukan aku melutut dan meminta

Cukup sudah
aku mahukan diberi tanpa dipinta
aku tidak mahu lagi memaksa
aku lepaskan kau pergi pujaan hati

Pergi mencari yang pasti
aku tidak ingin lagi mencari
harga yang tidak pasti
hidup yang pincang

Tiba masanya
masa untukku saja
izinkan diriku
mencari harga diri





April 8, 2012

Beban Membunuh Impian

Posted by Ain Rahman at 3:30 PM 2 comments

Masa sentiasa tepat mengikut paksi 
Detik dan saat
Hari berganti bulan
Bulan berganti tahun

Maka tiba masanya
Saat yang dinanti-nantikan
Kungjung dengan senyuman
Yang tak lekang dari bibir

Semua yang dirancang
Bejalan dengan sempurna
Hari ini hari bahagia kita
YAA SANGAT BAHAGIA

Senyum tidak putus-putus dengan harapan
Apa yang diimpikan terlaksana
Menanti dengan debar
Akhirnya, badan ini gagah menaikinya

Allahdulillah
Ya Allah 
Kerana mengizinkan impian ini terlaksana

Saat roda berputar laju
Semakin lebar senyuman
Semakin ligat otak merangsang
Semakin tidak sabar hati menanti impian seterusnya

Tapi sayang,
Beban Membunuh Impian
Mengalir air jernih dipipi
Mengapa diuji sebegini

Sehabis hati mengikhlaskannya
Sekuat jiwa menerima seadanya
Sesabar diri menahannya
Akhirnya tidak kesampaian

Ibu kota menjadi saksi
Aku datang dengan impian
Aku pulang dengan kekecewaan
Kaki digagahkan jua

Hati merintih sedih
Sapaan SiTua
Di sambut dengan senyuman
Hanya tu yang mampu

Andai takdir
Akan berputar kembali
Mungkin manisan itu akan masuk kemulutmu
Mask yang cantik menjadi pengibur lara kita

Pasti kita tergelak bahagia
Menjadi kenangan buat kita
Impian ku terlaksana
Yang pasti hal itu tidak berlaku

Manisan itu menjadi rezeki SiTua
Mask itu tersimpan didalam sampulnya
Impian tekubur lagi
Takdir menentukan aku tidak layak meraikan 15 April

Kata hati ingin bahagia
Moga yang di pendam terlerai
Tapi sayang peluang disiakan
Yang dipendam menjadi beban

Beban yang membunuh impinan
Sedaya upaya mencuba
Memahami dan difahami
Aku terima seadaanya

Masih ada waktu untuk memcuba
Ingin terus mencuba
Semoga Allah memberi jalan
Pasti akan aku cuba




Nanti alang bagi haziq ye sayang



p/s
ni hanya rasa hati
tidak terniat untuk
membuat sesiapa terasa dan merasa.

March 27, 2012

Hukum

Posted by Ain Rahman at 10:26 AM 0 comments


Mendiamkan diri tidak dapat menyelesaikan malasah.

Selamat Menonton..

March 24, 2012

Destinasi

Posted by Ain Rahman at 12:18 PM 0 comments


sesuatu yang menjadi harapan
tidak seperti yang kita harapkan
mencari
mencuba
menduga
merancang
tidak sehebat yang tertulis di Luh Mahfuz

March 21, 2012

not to run, but never look back

Posted by Ain Rahman at 7:43 AM 0 comments

I'll try, not to run away but i'll try never look back..


I only can pray..pray..pray..and pray..


Kehidupan

Posted by Ain Rahman at 7:21 AM 0 comments


 

 If your children become rebellious child..this is the pattern of the product their own parents?

I have no rights in his life.. what can i do? I can only pray..



March 16, 2012

Saya mahu Vitamin Shaklee!!

Posted by Ain Rahman at 9:00 AM 0 comments
Assalammualaikum peeps..

Pagi tadi ain ke blog redcomelmall saja nak tgok apa2 info tentang kesihatan..
rupa-rupanya kak red kita ni ada buat giveaway ni.. haruslah ain menyertanya..

syarat-syaratnya mudah saja.. hanya perlu :-

1. sila like REDCOMELMALL, share tentang giveaway ini di wall anda, like status ini dan tinggalakan komen , "Saya mahu Vitamin Shaklee!!"

2. Untuk Blog, sila jadi follower blog ini, letakkan link blog ini di blog anda, dan tinggalkan link tentang entry yang dibuat di bahagian komen untuk saya semak.




mudahkan?? so apa lagi mari laa sertai giveaway ni.. disamping dapat mengetahui info tentang kesihatan yang berguna untuk diri kita dan keluarga.. hehe

Untuk mengetahuan semua, ain pun menggunakan produk Shaklee tau..
Iaitu Lecithin, dulu dalam kelas ain selalu mengantuk dan hilang fokus (borak dengan member..hehe ^-^ ),
alhamdulillah setelah sebulan lebih ain makan Lecithin masalah mengantuk dalam kelas dapat diatasi dan waktu tidur ain sangat teratur ( 1.00AM-6.00AM ) dan masalah sembelit hilang!!

kalau nak tahu info tentang Lecithin klik DISINI

kalau tidak percaya yang ain pun menggunakan produk Shakle, boleh tengok DISINI
so dah percayakan yang ain pun guna produk Shakle kan.. apa tunggu lagi..

Dalam islam memang kita percaya bahawa segala penyakit Hanya Allah yang akan sembuhkan. Tapi tidak salah kalau kita berusaha untuk mencari menawarnya. Selebihnya kita memohon dan berserah kepada Allah, semoga Allah sembuhkan penyakit yang kita hadapi.. InsyaAllah..Amen ^-^





p/s:
kak ani ain nak menang tau,
sebab boleh promot kt housemate yang lain tentang Shakle..
dan Lecithin ain dah nak habis..
hehehe..


February 5, 2012

Kenapa Perlu Ada Business Sendiri

Posted by Ain Rahman at 5:53 AM 0 comments
Perniagaan menguntungkan?
Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan.
Tapi, tak semestinya perniagaan yang dilakukan akan berjaya dan mendapat untung.
Semuanya bergantung kepada niat dan minat.

Formula Irfan Khairi :-

MINAT
Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.
Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.
Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.
PERMINTAAN
MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.
Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?
Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.
Oleh itu, equationnya adalah;
MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

kenapa aku perlu ada business sendiri..
Kerana ingin menjana pendapatan keluarga bukan keluarga sebenarnya lebih kepada diri sendiri.. Sebab aku selalu mintak duit kat ibu ayah nak beli itu ni, nak pergi sana sini..segala-galanya aku nak! aku bukan sorang je anak ibuayah ok..mahu pitam kepala mereka melayan aku yang sorang ni!!
Now!! umur aku dah masuk tahun yang 23? relay? yes! aku sangat malu dengan umur yang 23 ni still mintak duit kat ibu ayah untuk keluar dating dan melepak dengan kawan-kawan? sangat tidak malu disitu.. seharusnya aku perlu menjana pendapatan sediri kerana aku suka sangat berjalan ke sana dan ke sini dan tidak seharusnya mintak duit kat orang tua kita tu kan..?? ( duit yuran universiti pakai duit ayah ea ;-) ) 
Dan tiba masanya aku merancang sesuatu untuk menjana pendapatan sendiri, sebab banyak sangat perancangan percutian aku bersama kawan-kawan pada tahun ni! bunyi taklah terok sangatkan..?
Bukan itu saja, sebab aku sangat berminat di dalam perniagaan.. mungkin? oohh tidak! aku sangat pasti yang aku berminat dalam perniagaan.. buktinya? Shop yang comel! dan aku ada buat sedikit Hard Working! lawakkan?
Bukan lawak ok! kenyataan..hasil dari Hard Working aku tu, aku dapat belanja family aku makan KFC (bukan pakai duit PTPTN ok), aku dapat belikan ibu sepasang kain sutera terengganu + tudung Ariani, aku dapat belanja Mak Long aku untuk shopping raya last year ( Mak Long = kakak kepada ayah, baby sitter masa umur aku 1day-5years old ), aku belikan ibu mesin buat kek, aku dapat belanja diri sendiri dengan sehelai levis dan benda2 yg merepek! dan yang sangat penting aku dapat setup rumah sewa aku dan bayaran rumah sewa sepanjang sem yg lepas dengan hasil jualan Handmade Chocolate aku sendiri! Alhamdulillah..Terima Kasih YaAllah..! dan yang terakhir dan sangat aku suka, aku dapat menabung RM1K dalam buku ASN aku..! Alhamdulillah.. impian aku untuk Tahun 2011 terlaksana..
Sekarang tibalah masa untuk aku mengatur langkah untuk mencapai impian untuk tahun 2012! yang paling utama adalah untuk menabung RM2K dalam buku ASN..keh3..
Oppssss silap! bukan hanya untuk tahun 2012 saja untuk tahun2 yang mendatang jika di izinkan Allah..insyaAllah..
Sebab aku bercita-cita ingin menpunyai business yang menjana pendapatan bersih RM30K-50K setiap bulan! waahhhhhh!! sangat bercita-cita tinggi disitu yee..! Yes! cita-cita perlu hadir sebelum impian terlaksana..

Dan antara cita-cita aku adalah:-
Bila aku rasa stress dan inginkan ketenangan dan mencari redhaanNya. Disini aku akan sujud memohon kemampunan dari dosa-dosa yang aku lakukan, diberi ketenangan dan diberkatkan hidup didunia dan di akhirat kelak. InsyaAllah.. Amen..Amen..
Dan aku akan bawa Ibu bonda dan ayah tercinta serta kelurga merehatkan diri.. Amen..Amen..Amen.. InsyaAllah.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah S.W.T







Aku inginkan Perkahwinan dalam taman.. haha.. agaknya pening kepala cik abang nak layan kepala giler aku ni.. nasib laa siapa yang dapat berbinikan aku ni! (pandai masak & kemas rumah jugak pandai jaga anak! aha.. mungkin kot!)


Simple and most important is very nice!! 








Dan bila aku ada baby nanti, aku akan pastikan baby aku merasa memakai pakaian dari jenama




Sebab masa aku kecik aku tak dapat nak merasa pakai pakaian jenama cam ni.. dan sekurang-kurangnya kepuas itu aku dapat berikan kepada baby aku! botak kepala cik abang ;) dan aku ingin mendidik anak-anak aku menjadi anak penyejut mata hati kedua ibubapa serta menjadi anak yang soleh dan soleha taat kepada ibubapa dan penciptaNya..Amen..Amen..Amen...

Dan aku akan pastikan baby aku dapat naik BMWnya seperti ini!












Selain diatas, aku ingin melancong ke Europe! keh..keh..keh.. bermanja-manja dengan orang tersayang, ingin merasa dunia ini aku yang punya.. SubahanAllah..taksub sangat dah ni... ini adalah cinta-cita..dan aku akan berusaha untuk mendapatkannya! Yakin dan Semangat!! InsyaAllah..amen..amen..amen......







Serta mempunyai rumah adalah syurgaku! merehtakan diri bersama yang tersayang...;) menjalankan amanah Allah dan tanggungjawab yang dialas dibahu ku ini..cewaaahhh..ayat novel.. InsyaAllah..amen..amen..amen..








dan kuda yang gagah berani membawa kemana saja aku ingin pergi..keh..keh..keh..




Aku suka warna putih! suci..!






Kalau sekarang aku hanya dapat memberi pakaian lama dan tidak diperlukan serta buku-buku yang aku tidak perlu kepada mereka..InsyaAllah aku ku berbakti kepada mereka dengan memberi kebahagian dan sinar kasih sayang kepada mereka serta pendidikan kepada anak-anak ini.. InsyAllah..amen..amen..amen..








InsyaAllah.. semoga Allah mempermudahkan segalaNya.. Amen..Amen..Amen..






Dan yang terakhir dan sangat penting! aku sentiasa tersenyum bahagia bersama orang yang tersayang!






antara senyuman bahagia!






 Bukan senang nak senang tanpa usaha dan penggorbanan..





InsyaAllah..Amen..Amen..Amen...





p/s:
note semasa otak giler aku berfungsi dengan baik..abaikan jika banyak sangat yang merepek dari yang benar..hehehe
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez