U Klik I, I Klik U

October 4, 2011

Gambaran Kehidupan

Posted by Ain Rahman at 11:34 AM 0 comments

Aku susun-susun pecahan hidup ini elok-elok,

aku padan-padan dan himpun-himpunkan,

agar menjadi satu gambar yang menarik,

untuk dilihat cantik,

untuk dinilai tinggi harganya,

untuk dibanggakan,

untuk di gahkan,

tapi bukan kerana gambar itu untuk aku banggakan,

tapi kerana hasil kerja kesabarkan ketekunanku,

untuk menyiapkan gambar itu.


tapi sayang,

aku gagal untuk memuaskan hati,

iaitu mereka-mereka disekeliling gambar itu,

terlalu sukar untuk ku menghasilkan gambar itu,

liku-liku yang penuh halangan,

seperti onak dan duri,

seperti tayar yang ada turun naiknya,

seperti ombak yang menghentam pantai,

seperti pantai yang sentiasa menanti kedatangan ombak.


YA..

pasti aku sangat kecewa,

kecewa kerana gambar itu,

tidak dihargai,

tidak dikasihi,

kekecewaan menghantui diriku,

ingin ku lari jauh bersama gambar itu,

mencari yang menghargai meyayangi,

pastiku akan pergi suatu hari nanti,

janji ku pada diri.


Biar lama sedikit lagi,

pasti akan terhasil gambar yang cantik tinggi nilainya,

akan ku pahatkan gambar itu di dinding kehidupan dengan kukuh.


InsyaAllah dengan izin Allah,

semoga aku tidak gagal dan kecewa.

July 11, 2011

Handmade Chocolate Tempahan Raya

Posted by Ain Rahman at 8:58 AM 10 comments

Bentuk Love
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage





Bentuk Empat Segi
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage






Bentuk Separuh Bulatan
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage





Bentuk Ros
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage





Bentuk Siput
Warna boleh ditukar mengikut kehendak pelanggan
RM25-50pc
not included postage




Mengambil Tempahan Hari Raya.

50pc
100pc dan keatas

RM 25-50pc
not included postage


Bentuk dan Warna Mengikut Kehendak Pelangan.


Perbagai perisa disediakan, antaranya:
1) Oren.
2) Mango.
3) Strawberry.
4) Blueberry.

Jika berminat hubungi sy..

Ain Rahman 017-6541799

emil:
norain_abdulrahman@yahoo.com

July 9, 2011

Khadam Cinta

Posted by Ain Rahman at 2:38 PM 2 comments
Ya Allah permainan apakah ini yang KAU cipta?
penuh dengan dusta
kekecewaan yang menguasai diri
ku tunduk sujud di jinjang rumahMu
memohon pertolongan
mengharap belas kasihMu
mendengar rayuan hati ini
mempermudahkan jalan ku
ku meminta izinMu
ku merayu padaMu

Jangan KAU jauhkan hati ku ini kepadaMu
sedarkan ku Ya Allah cintakan Mu adalah hakiki
cinta yang penuh dusta dan kepura-puraan adalah cinta manusia

hatiku hancur berkecai
semangat ku hilang di telan awan hitam
diatas segala permainan dusta ni
maruah ku seperti bola
dipijak
dilambung
ditendang
tanpa rasa simpati

kepada Mu ku sujud mengharap kasihMU
memberi semangat
memberi warna-warni hidupku
Hilangkan rasa dusta cinta manusia di hati ku ni Ya Allah
Jauhkan rasa itu Ya Allah..



June 9, 2011

10 JUN

Posted by Ain Rahman at 7:54 AM 2 comments

dalam keadaan aku bersujud tubuh,
aku meminta dia izinkan kamu untukku,
aku merayu agar disudikan nafasmu milikku,

dalam terjasad aku bersimpuh terus sehingga tergamam setiap gerak waktu,
aku memujuk dia datangkan kamu selalu,
aku menyembah agar dihulurkan ikhlasmu setuju bersama aku,

dalam suasana aku berduduk teguh sehingga terkeras setiap hirup,
aku menunggu dia hidupkan sepenuhnya impian aku,
aku menangis agar dikasiankan mimpiku seikhlasnya,

dalam bayangan aku berlutut tegap pada setiap degup,
aku mengemis dia bagikan seredhanya,
aku merengek agar diihsankan dirimu selamanya untuk aku,

namun aku lupa,
dalam keadaan terjasad suasana bayangan aku bersujud simpuh duduk-berlutut itu tadi,
telah tertulis atas awan berdakwat pekat likat kekal tak akan berubah,

andai ini tulisan dan lukisan yang diberikan kepada aku,

untuk mewarna-warnikan hidup,

pejalanan yang akan berpenghujung,

tiada kata yang mampu berlawan,

terima kasih kerana memberi,

tulisan, lukisan,warna dan jalan,

jodoh mati sesungguhnya milik kita,
wahai manusia, pendeta dan rakyat jelata,
telah siap hikayatnya.

mintarayulah,
pujuksembahlah,
tunggutangislah,

supaya hikayatnya cantik,

tersusun untuk harga nilai yang tinggi,

dipermudahkan jalan hingga berpenghujung...

June 7, 2011

Rapuh

Posted by Ain Rahman at 8:14 AM 0 comments

Detik waktu terus berjalan,

Berhias gelap dan terang,

Suka dan duka,

Manis dan tawar,

Tergores bagaikan lukisan,

Seribu mimpi berjuta sepi,

Hadir bagai teman sejati,

Diantara lelahnya jiwa,

Dalam resah dan air mata,

Ku persembahkan kepadaMU,

Yang terindah dalam hidup Ku,

Meski Ku rapuh dalam langkah,

Kadang tak setia kepadaMU,

Namun cinta dalam jiwa,

Hanyalah padaMU,

Maafkanlah bila hati,

Tak sempurna mencintaiMU,

Dalam dadaKu harap hanya,

DiriMU yang bertakhta..

June 5, 2011

Rindu

Posted by Ain Rahman at 12:18 AM 0 comments
Ku melakarkan rindu di kanvas waktu,
Ku titipkan rindu bersama bayu,
Ku mencari bayangan mu disetiap penjuru,
Ku disini setia menunggu...

June 2, 2011

My Sunshine

Posted by Ain Rahman at 7:51 AM 0 comments


To My Sunshine,

give me the light,

make me strong,

i know the road is long,

sometime i feel give-up,

I just want your light,

please give me the light,

to make me strong,

because I want still with you,

only you!

My Sunshine..


 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez