U Klik I, I Klik U

February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul

Posted by Ain Rahman at 3:44 AM 0 comments
Salam Maulidur Rasul semoga kita bertambah mengingati Rasul junjungan kita ini setiap saat dengan sentiasa berselawat ke atas baginda.
Kerana baginda sentiasa mengingati umatNya walaupun disaat Malaikat maut datang menjemput baginda kembali kepada penciptaNya..


 


Jom Mengenali dengan Rasullullah SAW

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim 

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

 Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) 

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

 Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

 Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

January 24, 2012

Bersabarlah Wahai Wanita

Posted by Ain Rahman at 4:48 AM 0 comments
Ku hadiahkan kepadamu
wahai wanita yang telah meredhai
Allah S.W.T. sebagai Tuhannya
Islam sebagai agamanya
dan
Muhammad S.A.W. sebagai RasulNya.




Ku hadiahkan kepadamu
wahai wanita yang meniti jalan yang lurus
dan
membawa risalah kebenaran.





Ku hadiahkan kepadamu
wahai ibu yang sanggup melahirkan anak-anaknya
sehingga sanggup berkorban nyawa
mendidik dan mengasuh anak-anaknya.




Ku hadiahkan kepadamu
wahai murabbiyah (wanita pendidik)
yang berjuang dengan kalimahNya
memelihara norma-normaNya
dan
membersihkan hati dan dirinya.




Berbahagialah dan bergembirlah wahai wanita
dengan jarak yang dekat dengan Allah S.W.T
dengan keagungan pahala
dan
dengan pengampunan dosa
ikhlaskanlah hati atas setiap perbuatan
redhakan hati diatas setiap takdir qada dan qadar Allah S.W.T.
sesungguhNya janji Allah S.W.T itu pasti.

Subhanallah
sesungguhNya ada rahmat disebalik Musibah




Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (juga) kamu bersedih. Sedangkan kamu adalah orang-orang yang paling tinggi (darjat), jika kamu (benar-benar) orang yang beriman.
Surah Ali Imran, ayat 139.

December 29, 2011

Why

Posted by Ain Rahman at 4:38 AM 1 comments

many times it happens, from today I do not want to understand and why it happened!
do not ask me why, i will gave up right now! full stop!

December 27, 2011

Selamat Kawan Ku

Posted by Ain Rahman at 8:34 AM 0 comments
hey peeps giler lama ain tak update blog ini..da berkulat blog ain ni..maaf tak dapat balas jejak kawan-kawan semua..maklum laa sibuk..sibuk laa sangat kan..haha

semakin hampir ke tahun 2012 ni, makin ramai kawan-kawan ain yang dah melangkah ke satu tahap lagi, iaitu alam pertunangan..wahhh..dah nak kawen da..

dah sampai seru kata mereka..bila seru ain nak sampai ni??huhu
apa-apa pun,


selamat bertunang untuk Dinie n Yana,
semoga allah mempermudahkan segala urusan Dinie n Yana..

nanti kawen jangan lupa jemput ok..




Semoga Kebahagian mereka anda



to Nisha n Iwan,

Selamat Pengantin Baru, bahagia selalu dapat baby cepat-cepat..





lepas ni siapa?? haha

October 24, 2011

Hanya Dia

Posted by Ain Rahman at 3:42 AM 0 comments
dengan sepenuhnya hati ini sangat kecewa dengan apa yang berlaku
semangat dari Dia membuat aku kuat kembali
tetapi tidak sekuat Dia
Aku tahu hati Dia sangat hancur dan kecewa
Dia tetap memberikan KAMI semangat
yang sememangnya hilang apabila mengetahuinya

bertapa kuatnya Dia menghadapi dugaan ini
bertapa tabahnya Dia menerima semua ini
bertapa sabarnya Dia menelan kepahitan ini

YA Dia sangat TABAH, SABAR dan KUAT menyatakan bahawa ini Qada & Qadar yang terbaik buat diri Dia

bagi aku ini adalah satu pendustaan, pembohongan!
bertapa kejamnya Kau melakukan semua ini

Dia yang bersama susah senang dengan Kau
Dia yang berkorban apa saja untuk kebahagian Kau
Dia yang bergadai nyawa membuktikan cinta kepada Kau
Dia yang lakukan segalanya untuk Kau hanya untuk Kau

mengapakah Kau terlalu kejam??
apabila Kau memiliki segalanya
Kau melupakan Dia
Kau memang Manusia yang tidak BERSYUKUR!!

Maaf,,
Aku tak dapat menerima semua ini..!!
Kau tetap pendusta, pembohong!
walau apapun alasan Kau bagi
Aku tidak akan dapat melupakan apa yang penah Kau lakukan!

Segalanya telah terbukti!!

Hidup dan Matiku hanya bersama Dia
Maafkan Aku kerana hati ini tidak dapat menerima semua yang telah Kau lakukan
berkali-kali Dia meminta Aku memaafkan Kau
Yaa Aku boleh memaafkan Kau
Tapi bukan untuk lupakan apa yang Kau lakukan
TIDAK mungkin..

Maaf jika satu hari Aku derhaka kepada Kau
Kau yang mencipta semua ini
Kau yang menghilangkan segala yang KITA ada
Kau penyebab semua ini

Tiada kata dapat Aku gambarkan
bahawa Dia sangat terluka,kecewa dengan semua ini
Aku tahu!!

Aku sangat menyayangi Dia dari Kau!
Hanya Dia nyawa Aku
Hanya Dia cahaya hidup Aku
Maafkan Aku

October 19, 2011

Sudikah Kau..

Posted by Ain Rahman at 7:59 AM 0 comments
Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah
~PERKAHWINAN~


Satu ketika kau bertanya..
.......................
sudikah kau menjadi Makmum
disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya..
........................
sudikah kau menjadi Penjaga
diri dan maruahku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia
.........................
sudikah kau menjadi Pendidik
hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi hikmahNya
dan akhlakku terjaga hendaknya
..........................
sudikah kau menjadi Pemerhati
setiap gerak dan langkahku
agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku
..........................
sudikah kau menjadi Peneman
di kala suka dan duka ku
agar satu hari, jika ujian itu dtg
air mataku ada yg menghapuskan..
..........................
sudikah kau menjadi Pembela
diriku dan agamaku
agar aku terus berada di atas jln yg benar
.............................
sudikah kau menjadi Penggerak
semangatku..
agar bila aku kelesuan
kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman :)
............................
Sudikah kau menjadi Sahabat
buat diriku..mendengar luahan hatiku
agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu
tnpa rasa ragu
.............................
Sudikah kau menjadi Penghibur
tika ku kesunyian
agar aku boleh ketawa riang
Satu ketika aku menjawab

"Ya, Aku sudi..
Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,
aku kembalikan soalan ini kepadamu

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
jika aku sudah tidak seperti dulu?

Sudikah kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku
Jika suatu ketika nanti
aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..
Jika aku sudah tidak mampu lagi
menjagamu,
menemanimu,
memerhatikanmu,
mendidikmu,
membelamu,
menggerakkanmu,
menjadi sahabatmu
dan
menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai kekasih cinta hati ku
Aku percaya..kau masih sudi..

"Jika Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI
dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

October 17, 2011

Hati

Posted by Ain Rahman at 6:25 AM 0 comments
dan sesungguhnya aku sangat berkecil hati..
terima kasih mengizinkan ku merasainya..
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez